Latar Belakang
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.
PERKIM di
peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah
bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian
diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat
Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan
untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di
peringkat PERKIM Bahagian.
PERKIM juga
mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan
kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian.
Di
peringkat bahagian pula wujud entiti cawangan di setiap daerah.
Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga
dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan
bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi
memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan.
LENCANA & LAMBANG
Lencana & lambang PERKIM ialah rajah mengandungi kubah dan menara masjid berwarna hijau tua dengan bintang berbucu lima di atas kubah dan menara itu. Kesemuanya terletak dalam lingkungan bulan sabit yang diatasnya tertulis dengan jawi perkataan "Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia" dan "PERKIM" dibawahnya.

Cogankata PERKIM iaitu, "Islam Itu Persaudaraan" menjadi tunggak yang harus sentiasa dihayati dan dipraktikkan dimana PERKIM hendaknya dijadikan nadi untuk menyatupadukan umat Islam khususnya ahli-ahli dan masyarakat setempat amnya.

Objektif

VISI

MENJADIKAN PERKIM SEBAGAI NGO DAKWAH SEJAJAR DENGAN WAWASAN 2020
MISI

MENJADIKAN
PERKIM SEBUAH NGO PENGGERAK DAKWAH TERUNGGUL UNTUK MEMBERI SOKONGAN
KEPADA INSTITUSI ISLAM DI MALAYSIA DAN ANTARABANGSA
Lima elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM adalah :

Menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam
dengan cara positif dan berkesan.

Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran serta pendidikan Islam menerusi segala media dan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.

Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif.

Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam yang lain demi kemajuan agama Islam.

Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Islam.
No comments:
Post a Comment