*Usul hendaklah di hantar selewat-lewatnya sebelum 9 Januari 2013*
Monday, 24 December 2012
Sunday, 23 December 2012
Monday, 9 April 2012
Perlawanan Badminton Remaja PERKIM Labuan 2012
Pada 7 dan 8 April, Biro Sukan Dan Rekreasi dan Kelab Remaja PERKIM Labuan telah menganjurkan satu Perlawanan Badminton
Remaja yang telah melibatkan penyertaan seramai 58 orang remaja dari sekitar Labuan.
Perlawanan dibuka hanya bagi kategori beregu sahaja. Objektif penganjuran adalah
untuk mempromosikan PERKIM Labuan. Perlawanan dibuka kepada peserta Islam dan
Bukan Islam bagi melebarkan lagi ruang dakwah Islamiyah kepada masyarakat
Labuan.
Pada
7 April 2012 jam 4 petang, para peserta telah mencabut undi bagi giliran
perlawanan mereka. Pada hari itu juga, pengisian dan taklimat telah diberikan
kepada peserta berkenaan undang-undang perlawanan. Selain itu, sedikit
pengisian berkenaan adab-adab bersukan dalam Islam disampaikan oleh Ustaz Hamiz
Bin Masri.
Pada
8 April 2012, perlawanan dimulakan seawal 7 pagi dan telah berakhir pada jam
12.30 tengah hari. Perlawanan ini dijuarai oleh regu Mohd
Chairil Bin Anuar dan Nazreen Azri Bin Mohammad.
Bagi naib juara pula dimenangi oleh regu Caleb Chin dan Joshua Moh.
Pada
jam 1.00 tengah hari, Majlis perasmian penutup telah di sempurnakan oleh
Pengerusi PERKIM Labuan Ust. Haji Ahmad Bin Ismail. Beliau juga telah
menyampaikan hadiah bagi kesemua pemenang perlawanan ini. Sijil penyertaan juga telah diberikan, bagi menghargai kepada semua peserta yang bertanding. Majlis disudahi dengan
jamuan makan tengah hari diluar dewan badminton.
Secara
keseluruhan, program dikatakan berjaya dan mendapat sambutan yang mengalakkan.
Penganjur berharap agar dapat menganjurkan program yang sama akan datang.
Setinggi Penghargaan kepada barisan juri yang telah menghakimi sepanjang program ini.
Ustaz Hamiz memberi tazkirah kepada para pemain agar menutup aurat dan menjaga batas-batas adab ketika perlawanan.
Penghargaan kepada Puan Anih Binti Gapar dari Persatuan Badminton Labuan yang banyak membantu di meja urusetia
Subscribe to:
Posts (Atom)