Monday, 24 December 2012

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKIM LABUAN

 
*Usul hendaklah di hantar selewat-lewatnya sebelum 9 Januari 2013*

Monday, 9 April 2012

Perlawanan Badminton Remaja PERKIM Labuan 2012

Pada 7 dan 8 April, Biro Sukan Dan Rekreasi dan Kelab Remaja PERKIM Labuan telah menganjurkan satu Perlawanan Badminton Remaja yang telah melibatkan penyertaan seramai 58 orang remaja dari sekitar Labuan. Perlawanan dibuka hanya bagi kategori beregu sahaja. Objektif penganjuran adalah untuk mempromosikan PERKIM Labuan. Perlawanan dibuka kepada peserta Islam dan Bukan Islam bagi melebarkan lagi ruang dakwah Islamiyah kepada masyarakat Labuan.

Pada 7 April 2012 jam 4 petang, para peserta telah mencabut undi bagi giliran perlawanan mereka. Pada hari itu juga, pengisian dan taklimat telah diberikan kepada peserta berkenaan undang-undang perlawanan. Selain itu, sedikit pengisian berkenaan adab-adab bersukan dalam Islam disampaikan oleh Ustaz Hamiz Bin Masri.

Pada 8 April 2012, perlawanan dimulakan seawal 7 pagi dan telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Perlawanan ini dijuarai oleh regu Mohd Chairil Bin Anuar dan Nazreen Azri Bin Mohammad. Bagi naib juara pula dimenangi oleh regu Caleb Chin dan Joshua Moh.

Pada jam 1.00 tengah hari, Majlis perasmian penutup telah di sempurnakan oleh Pengerusi PERKIM Labuan Ust. Haji Ahmad Bin Ismail. Beliau juga telah menyampaikan hadiah bagi kesemua pemenang perlawanan ini. Sijil penyertaan juga telah diberikan, bagi menghargai  kepada semua peserta yang bertanding. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengah hari diluar dewan badminton.

Secara keseluruhan, program dikatakan berjaya dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Penganjur berharap agar dapat menganjurkan program yang sama akan datang.
Setinggi Penghargaan kepada barisan juri yang telah menghakimi sepanjang program ini. 

Ustaz Hamiz memberi tazkirah  kepada para pemain agar menutup aurat dan menjaga batas-batas adab ketika perlawanan.
Penghargaan kepada Puan Anih Binti Gapar dari Persatuan Badminton Labuan yang banyak membantu di meja urusetia